Institusi pemulihan dadah yang dikenali sebagai Pusat Serenti pada peringkat awal . Ditukar nama kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) pada tahun 2009 dan selaras transformasi ia ditukar kepada Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) berkuatkuasa 1 Jun 2012 .
Latar Belakang Penubuhan C&C1M
Setelah hampir 30 tahun, akhirnya AADK mengorak langkah melaksanakan anjakan berganda daripada pendekatan pemulihan yang berbentuk regimented, tough & rugged, tidak berstruktur dan sistematik, tiada pilihan dan berbentuk paksaaan secara perundangan di Pusat Serenti / PUSPEN kepada pendekatan yang beraspirasikan konsep terbuka, prihatin, mesra, teraputik, program yang lebih berstruktur, sistematik, multiprogram serta mampu memenuhi keperluan kepulihan klien secara komprehensif.
Bermula 1 Julai 2010, AADK telah melakukan transformasi di dalam merawat dan memulihkan penagih dadah dengan menubuhkan Klinik C&C 1Malaysia Sg Besi sebagai pilot project diikuti dengan Bukit Mertajam, Tampoi, Tampin, Kota Bharu, Kuching dan Papar. Sebuah lagi PUSPEN ditransformasikan kepada Klinik C&C 1Malaysia pada tahun 2011 iaitu Jerantut dan dua buah PUSPEN lagi pada tahun 2012 iaitu Karangan dan Bachok. Sehingga kini terdapat 11 buah Klinik C&C 1Malaysia dengan penambahan sebuah lagi pada 7 Januari 2013 iaitu Klinik C&C 1Malaysia Dengkil.
Transformasi program rawatan, perubatan dan pemulihan di institusi dilaksanakan dengan lebih berfokus melalui:
- Penyingkatan tempoh rawatan dan pemulihan (6-11 bulan) berdasarkan penilaian prestasi klien di bawah Seksyen 12(2) AktaPenagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Walau bagaimanapun bagi klien yang tidak melepasi kriteria penilaian untuk penyingkatan tempoh, pembebasan mereka adalah di bawah seksyen 12(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983;
- Program pemulihan memenuhi keperluan kepulihan klien, penilaian berdasarkan kategori klien dan tahap kebergantungan serta keparahan penagihan klien;
- Perubahan imej baru klien dan fasiliti persekitan kondusif;
- Pendekatan fun, effective & easy to implement;
- dan Mekanisme pelaksanaan menumpukan kepada aktiviti di dalam kelompok secara sistematik dan seragam mengikut Rancangan Kepulihan Klien.
Mini Klinik Cure & Care 1 Malaysia
Sejajar dengan Pengenalan Perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan keperluan kepulihan klien, AADK juga telah meluaskan perkhidmatan open access dengan mewujudkan Mini Klinik Cure & Care 1Malaysia. Rasional Pembukaan Mini Klinik C&C 1Malaysia adalah bagi menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang sama seperti di Klinik C&C 1Malaysia di tempat berikut:
- Tempat yang tiada accessibility kepada perkhidmatan di Klinik C&C.
- Tempat yang tiada perkhidmatan CCSC di kawasan berkenaan.
- Tempat yang mempunyai magnitude permasalahan penyalahgunaan substans di kawasan berkenaan.