Friday, 31 July 2015



Disini adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah penagihan dadah.
Tingkatkan pengetahuan :-
  • cari maklumat tentang ubat-ubat yang sering disalah guna dan tanda-tanda penyalahgunaan
  • sering berkongsi maklumat dengan ibu bapa, guru dan jiran
  • hargai maklumat orang lain tentang anak anda

Pendidikan yang kukuh dan berkesan adalah bermula dari rumah :-
  • terapkan kepentingan ubat dan cara pengambilan yang betul
  • beritahu anak-anak tentang bahaya penyalahgunaan ubat ubatan
  • awasi anak anda jika ada tanda ketagihan atau perubahan yang ketara

Jadi rakan yang paling baik kepada nak anda :-
  • sentiasa bekomunikasi dengan anak anda
  • berkongsi masalah dan pengalaman dengannya
  • kenali rakan anak anda












































  1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) .
  2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan perimbangan badannya .
  3. Risiko jangkitan HIV/AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan yang dikongsi .
  4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran , kelahiran bayi songsang , lahir belum cukup bulan , kematian bayi semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat .
  5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman , percakapan , pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah .
  6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat .
  7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng , kecurian , rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini adalah kerana penagih sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah .
  8. Membawa maut kepada : -


  • Diri sendiri
  • Ahli keluarga
  • Orang awam







Akta Dadah Berbahaya 1952
Suatu akta bagi membuat peruntukan selanjutnya yang lebih baik untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan dadah merbahaya tertentu. Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakhluk dibawahnya dan perbicaraan Mahkamah.

Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)
1983 - (Pindaan) 1998 Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Selain merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan mengawasan keatas penagih-penagih bertujuan memastikan mereka tidak mengulangi pengagihan mereka.

Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985
Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat pengedaran dadah berbahaya.

Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988
Suatu akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan dan perlucuthakan harta yang berkaitan dengan aktivit yang ada hubungan dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.







Ucapan sepatah dua kata dari pengetua SMK Tengku Idris Shah tentang Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan bahayanya dadah serta pelancaran rasmi blog ADU-TIS.







PPDa adalah singkatan kepada Pendidikan Pencegahan Dadah. Program ini merupakan salah satu program melibatkan murid anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam usaha melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial lainnya.

 OBJEKTIF
1.Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada murid-murid,guru,kakitangan pendidikan dan ibubapa.
2.Membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan jatidiri yang tinggi di kalangan murid dari segifiikal,emosi,rohani dan mental.
3.Membentuk budaya sihat.tingkahlakupositif, dan amalan nilai-nilai murni di kalangan murid  sekolah.
4.Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah.
5.Menyediakan alternetif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah.

 HARAPAN
 Program ini perlu diteruskan dengan memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk memberi impak yang lebih  dengan penglibatan murid yang lebih menyeluruh.  Ini adalah selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah merealisasikan “Sekolah Bebas Dadah

Monday, 27 July 2015

Ceramah Anti Dadah (Sesi Petang)

Tempat: Dewan Mutiara SMK Tengku Idris Shah
Tarikh:21/5/2015





Jambori SLAD

Tempat: Kompleks Rakan Muda, Kang
Tarikh: 24-26/3/2015



Ikrar Anti Dadah

Tarikh: 2/3/2015
Tempat: Dataran Setia SMK Tengku Idris Shah
Masa: Sewaktu Perhimpunan Rasmi